PC aNd PeNa
Thursday, November 06, 2003
 
VCD MELAYU

nih aku nak bagitau producer nak untung segera yang buat series of malay VCDs yang tak berkualiti.. aku rasakan aku patut bersuara sebab kualiti yang diharapkan sangat menyedihkan... aku layak bercakap sebab banyak dah yang aku beli.. original pulak tuh... tapi ceritanya sangat tangkap muat.. asal siap.. plot tak kemas, script tak bagus, scene lompat-lompat, edit cerita tak bagus... sampai aku rasakan aku pun boleh jadi producer vcd kalau setakat nak cakap "cut" and "action"... SANGAT MEMALUKAN!!

aku rasakan buat VCD nih boleh masuk kategori macam buat journal, u do something for others to view, to watch, to enjoy... macam aku, aku tahu kualiti journal aku masih lemah.. aku tak berani nak reveal add aku dekat orang lain... aku malu.. malu pada kejahilan diri sendiri.. malu pada sikap ignorant aku dalam mendalami ilmu komputer and journal ni...

tapi aku rasa, producer-producer VCD melayu tuh tak tau malu.. tak reti menilai seni dan sastera perfileman.. aku penggemar filem.. aku peminat sastera... aku suka seni... aku suka menonton cerita ... sebutlah apa cerita pun.. tapi MEREKA.. producer-producer tak bertanggung jawab nih memunahkan minat aku... minat aku dah kurang... aku sedih kenapa ada manusia yang mengenepikan seni dan sastera dalam filem semata-mata kerana untung... kini aku melihat cerita melayu untuk membantu aku tidur... menyedihkan....

banyak cerita yang aku tonton.. Champion, Laukku Cukup Masin, Mak Aku Bini Aku, Kampung Meletup, Sapa Tak Sayang Bini 1 & 2, Enot 3 VCD lah pulak, Aku Kaya 1 & 2... banyak lagi lah kalau nak disenaraikan...

dan kualiti mereka sangat teruk!!! Pelakon Champion berbakat tapi diserahkan pada producer yang nak kutip untung cepat.. Apek senario dan sahabat memang berbakat tapi garapan cerita memalukan...

Laukku Cukup Masin sangat tak boleh diharapkan.. dan aku dengar penuh crisis...mungkin mengejar publisiti murahan untuk melakukan cerita...

Enot 3 VCD lah Pulak .. sangat BOSAN dengan lawak slapstik pekak dan bodoh manusia.. mana ada orang yang sebegitu gedik dan penghasut macam Tonah tu? mana ada orang dewasa ke pekan pakai baju cowboy siap bertopi?

Ada juga cerita VCD melayu yang ok.. Air Mata Ibu (or kasih Ibu?Aku pun lupa tajuk tapi yang ada lagu CT Nurhaliza yang tu jer dipasangkan for the whole film..), aku nampak effort pengarah yang cuba hasilkan cerita yang bagus..

ada beberapa lagi cerita yang aku belum tengok... mungkin minat aku boleh meningkat semula kalau ceritanya bagus.. atau mungkin minat aku padam sepenuhnya untuk membeli mana-mana VCD melayu original lagi kalau kualitinya tetap sama...

Powered by Blogger